Thursday, January 6, 2011

Nukilan buatmu



Apa yang dikatakan takdir yang telah ditakdirkan pada ku...kenapa di masa ini baru aku sedar tentang takdir. Di saat adanya kau di hatiku. Kenapa ditakdirkan kau menjelma di dalam hidup ku, mengapa namamu berada di dalam diari ku, mengapa kau berada dalam hati ku. Kenapa adanya kau di dalam hidup ku.... kenapa.. kenapa ?

Mengapa takdir menemukan kita di kala usia ini. Perjumpaan yang tidak dirancang dan tidak diduga melahirkan rasa kasih sayang dan mesra antara kita. Aku bahagia adanya kau dalam hatiku, aku bahagia dengan pertemuan kita ini, aku bahagia berada bersamamu, kita jatuh cinta, kita menanggung rindu, inikah lumrah alam. Kau selalu berkata "sudah takdir kita diketemukan sayang", setiap kali aku mengeluh tentang perkenalan kita inilah jawapan kau. Bukan aku kesal bertemu dengan mu sayang, aku bahagia, aku gembira, aku ceria sejak adanya kau didalam hati ku, sejak kau bersama ku.. tapi sampai bila?? sampai bila??

Kasih sayang yang kita bina telah menimbulkan rasa rindu, rindu yang teramat sangat. Kita rindu untuk bertemu, kita mula menghitung hari untuk bertemu... tapi keadaan, tugas dan tangungjawap seharian memisahkan kita. Gunung Banjaran Titiwangsa memisahkan rindu kita. Adakan perkataan kecewa akan menjelma di kemudian hari, ketika aku sedang lena dibuai oleh kasih sayangmu. Inilah yang amat aku takuti. Aku harap kita akan sentiasa menjaga perasaan hati kita supaya kasih sayang yang kita bina akan menetap dihati kita selama-lamanya saperti kata kau,

"aku tak kan sesekali melupakan kau, aku akan sentiasa mencintai lau, diri kau hanya untuk ku, sayang kau hanya untuk ku seorang, ingatan ku tetap utuh pada mu, sayang ku pada kau sampai bila-bila, selama-lamanya sayang" 

Hari-hari semalam yang kita lalui telah kita tempuhi, hari esok yang akan menjelma belum lagi kita ketahui dan tidak boleh juga kita duga. Hari ini aku mengerti, hari esok aku nampak bayang-bayang dan lusa entah hilang ditelan kabus. Hanya terserah pada takdir Yang Maha Kuasa. Takdir yang menemukan kita dan aku harap perkataan takdir yang memisahkan kita tidak akan wujud dalam perkenalan kita. Seandainya kau melupai diriku, aku akan terkapai-kapai mencari sesuatu yang indah yang pernah berada di dalam hati ku, di dalam hidupku, walaupun seketika waktu. 

Aku akan jadikan ia seperti mimpi-mimpi dalam mimpi yang datangnya setiap pagi tanpa diminta, tanpa dicari dan tanpa diduga. Aku harap airmata rinduku tidak akan terlerai mengingati diri mu. Bila ku renung kembali, aku rasa bersyukur bertemu dengan mu, aku rasa bersemangat menjalani hidup ini. Aku tidak ambil peduli apa orang lain kata, siapa yang menyakitkan hati ku, aku tidak peduli itu semua, yang penting aku ada kau yang sangat menyayangi diri ku. Setiap hari ada saja kata-kata indah dari mu, "Sayang kau pada ku setulus hati. Aku sentiasa dalam ingatanmu, Akulah insan yang selalu dihati mu sayang, Diriku tidak pernah kau lupai. Kini kau tidak keseorangan lagi. Hidup mu akan sepi tanpa aku di sisimu. Kau akan sayang padaku selama-lamanya...Selama-lamanya..sayang"

Aku harap kata-katamu akan kau tunaikan dan masa saja yang akan menentukan sejauh mana...seteguh mana... kata-kata mu itu. Selama mana dapat kau bertahan dengan janji-janjimu terhadap diriku ini. Setiap kata-kata mu membuatkan diriku rasa dihargai dan disayangi. Hati ku mula berbunga kasih, menikmati kata-kata, janji-janji indahmu terhadap ku dan dengan kasih sayang yang kau beri setiap hari. Setiap percakapan atau sms yang kau berikan pada ku tidak pernah tertinggal perkataan sayang untuk ku. Walaupun kita berjauhan tapi hati kita dekat selalu sayang. Kadang-kadang berjam-jam kita berbual di talian, berhenti berbual kita sms sampai tertidur. Esokan harinya kau tetap mengucapkan selamat pagi sayang pada ku, membuatkan aku terjaga dan bibir ku jua mengukir senyuman bila membaca msg yang kau hantar seawal pagi.

Ucapan selamat pagi mu seperti alarm setiap pagi walaupun pada hari cuti umum. Kini aku tidak lagi bangun di tengah hari, walaupun pada mulanya susah sekali aku membuka mata di pagi hari, tapi dek kerana sms yang datang setiap pagi begitu indah sekali, aku paksakan mataku menikmati ayat-ayat yang kau kirimkan dan seterusnya memuji keindahan fajar pagi yang merupakan hari baru bagi ku. Kini, aku mula merindui untuk menatap fajar pagi, setiap malam sebelum melelapkan mata, aku akan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memanjangkan umur kau dan aku supaya kau akan sentiasa bersamaku. Setiap hari bunga-bunga cinta berada bersama kita, walau berjauhan kita tetap ceria mendengar suara kita di talian. Ada waktu yang lapang kau akan menyanyikan aku lagu-lagu yang kau gemari. Aku hanya tersenyum mendengar nyanyian dan gelagat mu di talian. 

Kita mencurahkan segala masaalah, kecerian, kerinduan kita bersama. Perbualan kita sungguh mesra dan kita sentiasa bahagia. Kebahagian yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Aku sebenarnya tidak mencari cinta mu, aku hanya merealisasikan impian mu menjadikan aku teman sejati mu. Sekarang kau berada di dalam hati ku.. aku harap engkau tidak akan mempermainkan kasih sayang yang telah engkau berikan kepada ku.

Apakah ada satu kejayaan hidup yang diperolehi tanpa kesulitan, perjuangan dan pengorbanan??

Cuaca tidak selalu cerah. Lautan tidak selalu tenang.
Hidup tidak hanya bunga mawar namun ada juga duri-durinya.

Hari berganti hari kau tetap ku nanti, tanpa rasa jemu tapi penuh rasa rindu.
Begitu kita rindu untuk bertemu hanya takdir saja yang menentukan.
Aku tetap memegang janjimu padaku.
Sayang mu yang tidak akan layu.


No comments:

Post a Comment