Friday, January 7, 2011

Anugerah dari illahi


kamu dan juga saya.
dan di antara kita terlakar sebuah cerita.
satu kisah.
persahabatan dan percintaan.
tentang kasih, chenta dan sayang.
itu naluri kata si hati.
itu rasa yang kita punyai dan miliki.

kita bersama.
kerana erti dari sebuah perkenalan.
kerana indahnya sebuah persahabatan.
dan kini kita berdua.
terus belajar.
mencari makna untuk sebuah perhubungan.
untuk berkongsi, rasa dan perasaan.

ini adalah anugerah dari Illahi.
buat kita rasa.
yang perlu kita jaga.
rasa yang amat berharga.
dan syukur kerana kita memilikinya.

bahagia itu selalu ada.
lalu senyum itu kita ukir bersama.
riang hati kita berkongsi bersama.
walau pahit kekadang menjelma.
tapi itu lebih mengeratkan kita.
kerana kita mengerti pahit dan manisnya.
adalah sebuah ujian dan dugaanNya.

sayang.
ini adalah untukmu, ikhlas dari sebuah hati.
dan jujur pada seuntai kata.
aku mahu kamu tahu.
hati yang punya rasa ini.
kini adalah milik kamu.
walau aku cuma pencinta biasa.
tapi hati ini mencintaimu.
mencinta kamu dengan caraku.

sayang.
rasa ini tak perlu aku ungkapkan lagi.
kerana kamu mungkin lebih mengerti.
dan ku berharap kamu bisa lebih memahami.

sayang.
jarak mungkin menjauhkan kita.
tapi hati ini selalu merindui.
pejam matamu, ingat aku selalu ada di sini.
hanya untuk kamu.
menunggu kamu.
menjemputku menjadi bidadarimu.
walau mungkin aku bukanlah sehebat bidadari syurga.
tapi buat kamu.
akan aku usaha.
untuk menjadi yang terbaek.
belajar menjadi yang sempurna.
menjadi teman, sahabat, kawan, kekasih.
yang memahami dan mengerti kamu.
dan bersama kamu saat senang dan sukar.
senang dan susah aku mahu kita rasa bersama.

dan sayang terus berdoalah.
semoga jodoh itu mengiringi kita.
kerna aku mahu.
kamu yang akan memegang erat tanganku.
menjadi pemimpin dan membimbingku.
mencari redhaNya.
dan semoga cinta kita.
biarlah sampai ke syurgaNya.
AMIN  :)

No comments:

Post a Comment