Saturday, August 28, 2010

I Love You



LAGU NI UNTUK ABANG YANG 'ALAA COMEYNYEE....' 
WALAU APAPUN TERJADI, TIADA SIAPA YANG DAPAT PISAHKAN KITA KECUALI KUASA TUHAN. 
INI JANJI SU, JANJI SITI NASUHA UNTUK ABANG, NOORASZUWAN.
DENGAN NAMA TUHAN, HANYA ABANG DIHATI SU UNTUK SELAMA-LAMANYA.


ANDAINYA LELAKI TAHU


SAYANG, SAYA NAK AWAK TENGOK VIDEO NI TAW.
I LOVE SO MUCH ABANG :)


Doa buat KITA :)




“Ya Allah, kekalkan cinta kami di dunia dan di akhirat. 
Ya Allah, masukkan kami ke dalam Syurga Firdaus-Mu agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya. Amin.”

CIK NAJLA 2



AFTER AKU POST ENTRY YANG TADI, CIK NAJLA TERUS GHAIB DARI BLOG AKU.

:: P/S UTK CIK NAJLA :: 
SEJAK AKU DAH TAK ADA APA-APA DENGAN MUSTAQIM DAN ADA NEW FB, AKU TAK PERNAH TERFIKIR LANGSUNG NAK TENGOK PAGE KO. TAPI KENAPA KO SUKA TENGOK PAGE AKU EK ?? KO SURUH KAWAN-KAWAN KO ADD AKU. MACAM AKU TAK TAHU JE. PELIK ARR. DULU AKU BERCINTA DENGAN MUSTAQIM, KO KACAU + PORAK PERANDAKAN HUBUNGAN KAMI. AND SEKARANG NI AKU ADA BLOG PUN KO NAK CARI AKU JUGAK ?? EEE, TAK FAHAM LA AKU DENGAN KO NI NAJLA. BAWAK-BAWAK LA BERUBAH OKEY. AKU TAK KACAU KO, KO PUN TAK PAYAH NAK TERHEGEH-HEGEH KACAU + TENGOK BLOG n FB AKU. KALAU KO NAK SANGAT MUSTAQIM TU, AMBIL LA. AKU DAH TAK ADA APA-APA DENGAN DIA. AKU STILL INGAT KATA-KATA KO DULU "SAMPAI MATI PUN KO TAK KAN PERNAH BUAT HIDUP MUSTAQIM TENANG", DAN UTK PENGETAHUAN KO, AKU DENGAN DIA PUN DAH TAK ADA APA-APA. SO, KO PUN BOLEH BLAH DARI LIFE AKU OKEY :D AKU TAHU KO HAPPY BILA TAHU YANG KAMI DAH TAK ADA APA-APA. TAHNIAH, KO BERJAYA :)



Friday, August 27, 2010

CIK NAJLA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

NAJLA, ko follow blog aku. Biar betul ??? Kenapa ko asyik ikut aku je ni. Aku tak kacau ko pun dan aku selama ni memang tak pernah nak kacau ko. Aduyaiii, ko nak apa lagi ni. Ko nak DIA, ambil la. Aku dah tak ada apa-apa dengan dia. Aku dah ada hidup yang baru dan jauh lebih bahagia daripada dulu. Ok la, aku harap ko faham k. Dia milik ko, ambil la :) BUBYE.


AWAK!!!


Saya geram kat awak. Awak yang mulakan dulu kan sayang ? Kenapa awak pulak yang MERAJUK ni ? Sudah sudah la tu ungkit masa lalu saya. Awak kenapa ? Benda dah lama berlalu. Bukan dua hari or dua minit. Kenapa perlu awak ungkit semua tu sayang ? Saya sedih la macam ni :( 



sayang…
cinta saya hanya untuk awak..
setiap nafas saya hanya untuk awak..
sebelum mata di pejam,awk terakhir di ingatan saya..
saat pagi menjelma, awk dahulu di fikiran saya..
sihatkah awak..
dah makan kah?
saratnya rasa rindu di hati ni..
ingin saja saya berlari dan memeluk diri awk..
tp saya tak mampu..
dalamnya sayang saya untuk awak..

Saya SAYANG awak sebab awak tak CANTIK


Tiba-tiba aku teringat satu cerita. Tentang seorang kekasih dengan kekasihnya. Let me name them Adam and Maya :)

Satu hari perempuan ni tanya lah kat balak dia kan.

Maya: Nape awak sayang saye eh?
Adam: Ntah.
Maya: Takkan la tak de sebab kot. Sebab saye cantik ke.
Adam: Ntah, saye pun tak tahu.

Si Maya ni pun bengang lah sebab rasa macam si Adam ni nak main main ngan dia aje. Macam tak sayang betul-betul. Maya pun merajuk.

Satu hari, Maya kemalangan. Dia cacat. Dah tak cantik. Adam setia jaga dia kat hospital.

Maya: Awak tak kisah ke saya cacat?
Adam: (Adam geleng) Tak. Awak nak tau tak kenapa saya sayang awak?
Maya: Hmm (Angguk)
Adam: Saya sayang awak sebab diri awak, bukan sebab awak cantik. Tengok, sekarang awak dah tak cantik. Awak cacat. Kalau saya sayang awak sebab kecantikan awak, dah lama saya tinggalkan awak yang cacat ni sorang-sorang.
Maya: (Menangis) Sebab tu ke awak tak jawab bila saya tanya?
Adam: Ye. Sebab saya tak tahu apa reason saya sayang awak.
Maya: Thanks awak.
Adam: Saya sayang awak sangat-sangat. Bukan sebab awak cantik. Saya still sayangkan awak walaupun awak cacat.

The end.

Conclusionnya, sayangilah pasangan kita bukan sebab dia cantik or hensem sebab kecantikan tu tak kekal. Sayang dia sebab dia sendiri. And, jangan carik pasangan ikut taste anda, sebab tak semestinya anda tu pun taste dia. Hehehe.

DOA UNTUK JODOHKU


Disini aku bersujud
Dan tak mengenal erti takut
Dan tak mengenal erti penat
Dan tak mengenal erti malu

Aku berdoa padamu Ya Allah
Untuk dia seorang
Aku minta padamu Ya Rabbi
Hanya untuk dia seorang
Dia yang nanti akan melindungiku
Dia yang nanti akan menjadi imamku

Ya Allah
Padamu ku tak kenal malu
Dan tak kenal erti penat
Aku minta Kau lindungi dia untukku
Aku minta Kau panjangkan umurnya untukku

Ya Allah
Kau kuatkan lah imannya untukku
Aku minta Kau jaga dan kasihi dirinya

Ya Allah
Sesungguhnya aku tak tahu siapa dia
Tapi aku yakin suatu saat nanti
Kau akan pertemukan aku dengan dirinya
Kau pertemukan aku dengan imamku
Dengan pelindungku
Dengan dia 
Dan hanya diaaa..

Dan hanya dia JODOH ku kelak
Amin..


RAYA ???




Sayunya hati ni bila tiba-tiba lagu raya berkumandang di SURIA FM. Pejam celik pejam celik, kita semakin hampir dengan Syawal kan. Walaupun setahun sekali kita raikannya, tapi rasa macam sekejap je ia tiba. Masa raya ni la kita nak bermaaf-maafan kan. Tak sabar rasanya nak tunggu detik Syawal. Macam mana la agaknya suasana raya tahun ni. Mama nak balik kampung dia di Batu Pahat dan ayah pun nak balik kampung dia jugak kat Segamat. Tak tahu la raya tahun ni siapa yang menang. Hehehe :D Tapi, berlainan pula pada aku tahun ni sebab aku kerja dan jauh dari keluarga. Ermmm, jauh ke jarak Kluang dengan Melaka ?? Pada aku, jauh la jugak, penat kalau drive sorang-sorang. Mata pun mengantuk je ^_^  Bila dah ada status sebagai ' PEKERJA ' ni, mula la anak buah minta duit raya nanti kan. Hehe, kalau dulu aku tunggu Makcik Pakcik yang bagi duit raya kat aku, sekarang mesti dah tak dapat kan. Tak sabar rasanya nak bagi duit raya kat Atok Purah dan Aton Anon yang paling aku sayanggggggg sekali :) Mesti mereka bangga kan sebab cucu dia bagi duit raya. Tapi tahun ni aku cuma niat nak minta duit raya kat abang aku dan buah hati aku. Haha, bersiap sedialah anda berdua ye. Apapun, aku tak sabar nak tunggu raya sebab nak makan ketupat rendang dan yang paling penting nak minta ampun dan maaf kat kedua orang tua aku. Mercun ?? Aku tak nak main tahun ni sebab aku takut raya tanpa tangan. Hehe, yela cuba korang baca surat khabar and tengok berita, semua kes main mercun. Ada yang mati, ada yang cedera. Eeee, macam-macam musibah menimpa. Fobia aku nak main mercun ni. Bunga api pun aku tak nak main jugak. Kepada kawan-kawan ku yang disayangi, jauhkan lah diri anda dari MERCUN ya.

Adoiii, mata dah ngantuk. K la, BUBYE - GOOD NITE :)

MACAM MANA PULA RAYA ANDA TAHUN NI? KONGSILAH CERITA DGN AKU.


Thursday, August 26, 2010

Pelangi pudar warna


UNTUK AWAK YANG DISAYANGI. SAYA HARAP AWAK TAK KAN PERNAH TINGGALKAN SAYA.

Wednesday, August 25, 2010

SEKS DLM TANDAS




Masa : 8.30 Pagi 

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur 
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam" 

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel. 

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian. 

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama. 

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama. 

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama? 

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman? 

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan. 

Cikgu Sahab : ?!! 



Saat indah di awal perkahwinan



Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama 
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi? 


Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu! 
Dara: Apakah kau mencintaiku? 


Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu! 
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang? 


Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu! 
Dara: MAhukah kau menciumku? 
Teruna: Ya! Dara, Sayangku....! 


Sesudah 5 tahun perkahwinan.... 




(SILA BACA DARI BAWAH KE ATAS)


Sorry BOS!


Selamat pagi semua.
Mulakan hari korang dengan senyuman :)



FIRST TIME aku buat entry pagi-pagi cam gini. Hehe, mesti pelikkan ? Yela, sapa yang kenal aku mesti tahu yang aku ni kuat tidur. Tapi hari ni aku tak berani nak tidur dan tak berani nak bangun lambat sebab BOS mesti tengah tunggu paggilan aku. Hari tu aku cakap dengan BOS aku nak masuk kursus semalam. Tapi aku tak dapat hadir sebab ayah aku outstation pulak. So, aku terpaksa la tangguhkan kursus aku tu dulu. Kursus tu ada 3 weeks. Hehe, tadi tepat jam 8.50 pagi, nasib baik aku dah berjaya telefon BOS. Hehe, agak cuak la jugak bila dengar suara beliau. Yang tak sanggup didengarnya tu, ada ke patut BOS suruh aku naik bas g SEREMBAN. Pastu dia nak ambil aku kat bustand. Huhu, aku tak nakkkkkkkkkkk !!! Nanti kena culik. Aku dahla comel (perasan lebih). Lepas aku cakap ayah aku balik outstation hari Jumaat, BOS dengan baik hati izinkan aku masuk kursus next week. Hehe, bestttttttttnyaaaaa !!!! Orang lain kursus 3 minggu, aku dengan Kak Fara (new BFF) cuma hadir dua minngu je. Tapi tu la, ketinggalan ilmu untuk 1 minggu. Nak buat macam mana, tak ada sapa nak hantar aku ke SEREMBAN 2 tu, jauh sangat laaaa. Aku harap aku dapatkan habis kursus tu dengan sempurna sebelum aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan ku di MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH ;) Apepun, sorry ea BOS ( Encik Shahrulzam) sebab tak dapat hadir. Saya janji saya datang hari Ahad nanti.

K la, hati dah senang sikit, so mata pun turut happy dan nak sambung tidur. Yeah !!! :D BUBYE~

HAHA, masalah org tua!


Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawap. "Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.

Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! HAHAHA :P

5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


HAHAHA, selamat mencuba ye kawan-kawan ku :)

Tuesday, August 24, 2010

NEW LIFE :)

Salam semua :)


    Aku harap kehidupan aku yang baru ni akan lebih matang dan berjaya. Hehe, yela sekarang ni aku dah ada kerja yang agak best. Insyaallah aku dah boleh jamin kehidupan aku sendiri lepas ni. Aku dah pasang niat kalau aku dah dapat gaji pertama aku, aku nak bayar kereta, bayar PTPTN and yang paling penting aku nak bagu duit kat mama ayah aku. Aku nak juga merasa bagi duit kat mereka berdua. Mesti mereka bangga kan bila dapat bagi duit dari hasil titik peluh anak sendiri :) Errmmmm, bakal anak sedara aku pun tak lama lagi akan lahir. Wahhh, mesti best kan bila aku dapat belikan si baby baju yang comel-comel and toy's. Syokkknyeee !!! Aku harap aku berjaya dalam memperjuangkan kerjaya ku ini dan dapat kumpul duit banyak-banyak. Nak tukar kereta baru and nak kawinnn. Hehehe, kawin ?? Insyaallah, semoga cepat-cepat dapat jodoh.  Aminnnn :)




HARUS BELAJAR !!



Yeah! Aku mesti belajar, bukan g belajar kat kolej or sekolah! Tapi aku harus belajar lupakan dia sebab dia dah tak perlukan aku lagi. Korang mesti pelik kan ?? Terlalu mudah untuk buang insan yang pernah sayang kita sebelum ni. Dan mudah ke untuk aku lupakan dia ?? Entahla, Ya Allah, bantulah hambamu ini.



''BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM''

Ya Allah yg maha pemurah, terimakasih engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya.
Terimakasih untuk saat-saat indah yg boleh kami nikmati bersama,

Terimakasih untuk setiap pertemuan yg boleh kami lalui bersama,
Terimakasih untuk setiap saat-saat yg lalu bersamanya.
Saya datang bersujud dihadapanMu, sucikan hati saya sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidup saya.

Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya. 
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya dihatinya. 
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan usirlah dia dari relung hati saya. 
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dgn kasih dari dan padaMu yg tulus dan murni. 
Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah tolong satukan hati kami. 
Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. 
Berikan saya kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. 
Bimbinglah ia agar ia juga mencintai saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya, sebagaimana saya telah kau ciptakan. Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia.
Ya Allah yg maha pengasih dengarlah do'a saya ini. 
Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMu

Allah yg maha kekal,saya tahu Engkau senantiasa memberikan yg terbaik buat saya. 
Luka dan keraguan yg saya alami pasti ada hikmahnya. 
Ujian Mu ini mengajar saya untuk hidup makin dekat padaMu, 
untuk lebih peka terhadap suaraMu yang membimbing saya menuju redha Mu. 
Ajarilah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendakMu dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap bahagian hidup saya yaa Allah. 

Amiiiinn....

Monday, August 23, 2010

BUATMU SYG



Assalamualaikum sayang.

      Dikerinduan ini, saya harap awak sihat hendaknya. Yela, saya risau sebab awak sering sakit-sakit. Tertanya-tanya hati ni sedang buat apa agaknya awak sekarang ni kan. Saya rindukan awak. Rindu sangat-sangat. Kenapa ya kita boleh jadi macam ni. Padahal saya cintakan awak, cinta sangat-sangat. Saya sedih sangat bila kita terpaksa putuskan hubungan ni. Memang mulut kata nak, tapi hati saya?? Tuhan sahaja yang tahu. Saya menangis sekuat-kuat hati saya. Saya tumbok dinding, tumbok almari. Saya tak makan. Saya sakitkan diri saya, semua demi awak. Sebab saya betul-betul cintakan awak.
    
     Awak ingat tak, awak ada cakap kat saya yang awak sayang saya macam UMNO punya moto ke apa entah yang "DULU, KINI, SELAMANYA", saat tu, berkaca mata saya bila dengar kata-kata awak tu sebab first time awak cakap macam tu kat saya. Awak dengar saya ketawa, tapi hati sebak sebab terharu. Banyak sangat kenangan kita bersama. Macam tu juga la dugaan yang kita hadapi. Walaupun baru setahun kita kenal, macam-macam dah kita lalui kan.

     Ingat tak saat perkenalan kita masa tahun lepas? kelakar bila saya ingat balik. Awak nak ngorat saya sebab awak kata muka say macam RITA RUDAINI. Hehehe, lawak la awak ni. Awak mintak no telefon saya, saya bagi tapi masa tu saya bagi no yang salah sebab saya tak ingat no baru saya masa tu. Yela, saya kan baru tukar no. Hehe. Awak contact, tapi india mana yang jawab kan. Haha, cian awak. Lepas tu awak pergi jalan-jalan dekat BCB, awak terjumpa ecah pisang, awak minta no saya kat dia. Malam nya jugak, awak call saya. Saya terkejut jugak masa tu, ANGAH mana yang call kan. Rupa-rupanya awak. Saya happy sangat malam tu. Mungkin kalau awak tak cari no saya, kita tak kan berkenalan kan.

     Awak, awak ingat tak awak ada bagi saya sekuntum bunga? Sweet sangat masa tu. Kalau tak silap saya, 5 April 2010. Saya tengah sebok g cari kerja, awak sempat lagi berhenti kat kedai bunga. Terharu sangat masa tu. Sekuntum mawar merah kan dear ? Hehe. Thanks sebab romantik sekejap masa tu. Kadang-kadang kan dear, saya tak faham dengan perangai awak. Kejap moody, kejap romantik, pastu awak suka ketawa sampai tak ingat dunia taw, habis semua benda awak gelak. Padahal benda tu biasa je. Dan yang paling penting, saya suka bila awak ketawa sebab saya bahagia kalau awak bahagia. Hehe, saya tahu awak geli bila saya touch awak sebab awak tak suka orang touch awak masa awak tengah ketawa. Nanti mula la ketawa awak makin kuat kan. Hehehe, rindunya saat-saat tu :')

    11 Jun 2010, ingat tak tarikh ni? Pukul 1 pagi saya merangkak curi-curi keluar rumah sebab nak ikut awak dengan Azman pergi cari hantu. Hahaha, kelakar la ! Mana tak nya, masa tengah cover line, tiba-tiba kepala saya tersangkut kat ampai baju. Mungkin tu padahnya sebab curi-curi keluar rumah. Aduh, jahatnya saya! (korang jangan ikut perangai aku ok). Masa tu kita naik HONDA awak. Bertiga je masa tu. Saya takut sangat. Yela, 1st time cari hantu kan. Keje gila! Huh~ Awak tahu kan saya duduk kat mana masa tu. Dekat bawah kaki awak. Orang lain naik kereta duduk depan dua orang. Tapi kite duduk tiga orang. Haha, saya takut la awak!! ^_^ Mula-mula kita pergi kat dua tempat. Pastu lama-lama saya rasa seronok dan tak nak balik. Awak dengan Man pun layankan karenah saya ni. Then kita pergi kat sepohon pokok yang konon-kononnya ada PONTIANAK. Huhu, kecut perut jugak masa tu. Yela, dah macam orang hilang akal sebab tunggu hantu keluar. Awak dengan man tak habis-habis nak menyakat saya. Jahat! :p

    Haha, awak ingat tak awak suka curi duit syiling yang ada kat dalam kereta saya. Awak juga suka pura-pura bila berada di KFC. Haha, konon-konon jaga saham la. Lepastu, awak mesti minta saya ganti balik. Eeee, geramnya saya kat awak masa tu. Rasa macam nak tarik-tarik je hidung awak! Noor, noor~ Awak suka bagi saya kata-kata nasihat. Sampai sekarang saya ingat semua kata-kata awak. Awak suka letak tangan awak kat kerusi yang saya akan duduk kan?? Sebab awak tahu saya akan menjerit kegelian. Haha, awak memang nakal la dear! Awak nak tahu tak, bila saya berada di KFC, saya akan ingat awak. Sebab banyak sangat kenangan kita. Kita tak pernah nak berhenti ketawa. Ada je yang dibualkan. Kita suka ngumpat orang. Selain tu, kita suka buat aksi-aksi yang gila. (aksi apa? rahsia) Hahaha :D

    Kalau ada yang manis, mesti ada yang pahit juga kan. Ermmm, awak saya nak minta maaf sebab saya dah buat awak kecewa dengan sikap saya masa 11 Ogos 2010 yang lepas. Saya tipu awak. Saya keluar dengan kawan baik awak sendiri. Tapi percayalah awak, saya tak ada niat nak tipu awak. Saya cuma bantu dia. Awak sendiri pernah cakap, kawan awak, kawan saya jugak. Tapi tu la, saya silap sebab tak minta izin awak dulu. Saya mengaku saya salah. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya janji nak jadi jujur dengan awak, tapi semalam 22 0gos 2010, saya buat hal lagi. Saya keluar dengan dia sebab saya geram dengan awak. Saya ingat bila saya buat macam tu, awak akan pujuk saya. Tapi awak putuskan saya :( Saya hilang arah masa tu. Saya kecik hati dengan awak sebab awak nak keluar dengan perempuan lain. Saya cemburu sebab saya sayang awak. Saya takut dia rampas awak dari saya. Saya dah tak boleh fikir apa masa tu, yang saya tahu saya nak keluar dengan M** sebab saya nak balas sakit hati saya dekat awak. Tapi saya silap! Saya tak fikir apa keburukannya. Dan sekarang saya dah terima hukumannya, awak dah tinggalkan saya.  Saya redha dengan keputusan awak, apapun saya tetap nak minta maaf kat awak sebab saya langgar janji saya.

    Hmm, macam-macam dah kita lalui bersama, suka duka, pahit manis. Hmm, tapi tu la kan. Mungkin jodoh tak menyebelahi kita. Awak, walaupun antara kita tiada jodoh, saya tetap doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk hidup awak. Saya tahu, saya bukan yang terbaik untuk awak. Tapi awak adalah lelaki  terbaik untuk hidup saya. Awak suka buat saya ketawa, saya bahagia sangat-sangat walaupun ada kalanya awak suka buat saya nangis dan suka paggil saya 'ZAITON'. Saya nak ucap terima kasih sebab awak sabar layan karenah saya selama ni. Halalkan apa sahaja yang pernah awak berikan pada saya. Saya hargai semua jasa dan pengorbanan awak untuk diri saya. 1 je  saya nak awak tahu. Saya akan SAYANG awak sampai bila-bila, sampai akhir hayat saya. Awak, saya tak tahu sapa saya dihati awak, tapi dihati saya cuma ada awak untuk selama-lamanya. Lepas ni, saya harap awak jaga diri baik-baik sebab saya dah tak ada di sisi awak lagi. Jaga kesihatan dan makan minum awak k. Dan saya dah tak boleh nak jemput awak di stesen kretapi lagi. Saya dah tak boleh rasa makan burger encik sotong + minum air lemon tea bersama dengan awak. Saya jugak dah tak boleh nak punch card every 3 minute kat awak dan dah tak ada sapa nak pesan kata saya supaya jangan curang. Argghhhh!!! Saya sedih la awak :'( Sebaknya hati saya sekarang ni. Saya akan rindu semua ni. Saya akan rindu untuk panggil awak dengan paggilan 'NOOR'. Awak, lepas ni saya akan pergi jauh dari hidup awak. Saya akan berhijrah untuk lupakan semua kenangan-kenangan kita bersama. Saya sedih sebab saya terpaksa hilang awak untuk kali yang ketiga. Saya akan belajar lupakan awak. Percayalah, walau apapun terjadi, NOORASZUWAN tak kan pernah hilang dari ingatan dan hati saya. Selamat tinggal. Saya CINTA kan awak sayang!!!