Wednesday, August 18, 2010

Cinta itu DADAH saya




Korang mesti penah dengar kan lagu “Your love is my drug” nyanyian Kesha. Bile bukak radio berulang2 lagu ni dimainkan. Berulang kali aku dengar dan amati lirik lagu ni. Bukan la sebab lagu ni best atau penyanyi si Kesha tu cun tp lagu ni seolah2 satu analogi yg agak bagus untuk men”describe”kan cinta.
Cinta itu dadah.
Itu perkara pertama yg berlegar2 dalam kepala otak aku ni bila mana lagu ni berkumandang. Setuju x dgn statement yg pendek lagi ringkas ni.
Kenapa aku pikir camtu ea?
Pernah x korang dengar frasa "mabuk cinta". Antara benda yang memabukkan aka mengkhayalkan adalah dadah. Dadah boleh membuatkan individu yang mengambilnya hilang kewarasan, hilang pertimbangan. Bila dah xwaras buruk dan baik pun xdapat nak dibezakan. Individu yang tidak mampu berfikir secara waras berpontensi untuk melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Begitulah yang terjadi akibat cinta. banyak kita dengar kes bunuh diri, zina, lari dari rumah semuanya akibat cinta. Perkara2 sebegini tidak normal jika dilakukan oleh orang yang boleh membuat pertimbangan waras.
Masih xsetuju? Bear with me.
Kita masuk bab gian pulak. Anda tahu ape itu gian? Gian atau ketagih membawa maksud  kebergantungan fizikal atau psikologikal individu terhadap sesuatu “bahan pembentuk tabiat” (habit-forming substance). Contoh yg mudah adalah dadah. Bila penagih dadah terputus bekalan, korang boleh bayang sendiri ape yang berlaku kan? Kalau dadah yang diambil boleh menyebabkan si penagih aktif dan cergas, kesan berlawanan akan berlaku apabila dia berhenti mengambil dadah tersebut. Si penagih akan merasa lesu dan tidak bermaya. Bila dah addicted semua keje xjadi . Tanggungjawab diabaikan, assignment, kerja. Ponteng kelas.  Family pun diorg lupe. Aktiviti2 yang pernah menjadi aktiviti favourite pun turut diabaikan. Kalau dulu asal petang je dia la orang pertama terpacak kat padang, bile da addicted langsung xnampak batang hidung. Lain la orang yg xminat turun padang macam aku ni. Haha. Kesan yang paling teruk pada pandangan aku bila kehidupan si penagih hanya berkisar pasal dadah. Makan dadah, minum dadah, tdo pun dadah. Diorang still ambil dadah walaupun tahu dadah tu merbahaya. Jadi sekarang korang compare kesan pengambilan dadah dengan orang yg sedang hangat bercinta. Sama kan? Bila berjauhan ataupun ditinggalkan orang yg tersayang, seseorang tu mesti xbermaya. Xboleh nak buat keje. Abaikan family. Da xselalu lepak ngan kawan2, asek nak berkepit je. Hidup penuh dengan cinta. Bgn tdo 1st thing in the morning, tgk hp ade sms ke x.Gud mornin. Pastu sms sepanjang hari. Xcukup dgn tu, online. Free. Smpai la ke malam, nak tdo smpt lagi msg wish gudnite. Bile da bercinta semuanya gud. Da tdo pun, sambung bercinta dalam mimpi. Ish2 masyarakat.
Kalo camtu xley bercinta ke?
Siape cakap xley?Cinta kan dadah. Sape cakap dadah tu bahaya? Bahaya dadah ni datang bila disalahgunakan. Kalau di”betulgunakan” xdela bahayenye. Sekarang macam2 ubat ade kat pasaran. Macam2 penyakit dirawat dengan ubat2 tu. kebanyakan ubat2 moden adalah dadah. Kita ambek contoh simple. Panadol aka paracetamol. Dadah tu. Korang ingat bijik gandum ke? Ubat tu. Demam boleh, sakit gg boleh. Tp orang suruh makan 2 biji sekali telan yang ko telan 3 papan sekali ngap je mmg la mampus. Farmasi2 pulak ade omputih panggil Pharmacy, ade jugak yg panggil drugstore. X ke setor dadah kalo kita translate seketul.  Dadah2 boleh memanfaatkan jika diambil dengan betul. Kalau korang g klinik kan, doktor mesti pesan, ubat ni 2 bijik 3 kali sehari selepas makan. Yang ni 1 bijik sehari sebelum tidur. So ikutla aturan yg ditetapkan kalo nak cepat baik. Kadang2 kat botol2 ubat ada tulis, ubat ini menyebabkan mengantuk. Ubat itu boleh menyebabkan gastrik. Dadah tetap dadah. Pengambilan dadah ni kenala kawal untuk elakkan perkara2 lain berlaku. Selalunya ubat tahan sakit dadah power sket. Die boleh tipu otak kita untuk xrase sakit. Sebab tu kebanyakan ubat tahan sakit ni kene makan bila perlu je. Xley makan suka2. Nanti addict xpasal2. Macam tu jugak ngan cinta. Cinta ni ubat hati kalau kita ikut cara yang betul. Islam suruh kawen. Kawen dan cintailah pasangan anda. Sunnah Nabi tu. Kalo ikut jalan yg betul, cinta itu akan jadi indah.
Cinta itu dadah. Setuju angkat tangan. Sape xsetuju?

1 comment:

  1. nice entry beb.
    bytheway saya tgah selongkar google nk mencari artikel berkenaan "kesan cinta adalah sama dgn pengambilan dadah heroin" & terjumpa blog ini.minggu lepas nengok dalam wanita hari ini ada berbincang ttg tajuk tue..(kebetulan jer tengok dah xde cite mende kt chanel lain)
    p/s: apsal live traffik feed detected saya dari TAIPEI...HERAN..... :)

    ReplyDelete