Saturday, January 15, 2011

Buat Encik Kesayangan



b..
setelah sekian lama kita bersama..terikat didalam sebuah ikatan percintaan..banyak yang telah b lakukan untuk syg..dan izinkan syg mengucapkan terima kasih, sayangku fiqar..terima kasih kerana menjadi nakhoda hatiku yang sangat mengerti dan memahami diriku..dengan cara yang indah, b dengan tenang menjadi guru untukku..
b..
terima kasih di atas kesabaran yang b berikan disaat syg sangat nakal didalam segala hal..dari mulai urusan kecil hinggalah urusan yang sangat besar..kelakuan syg yang adakalanya seperti anak kecil, manja, terlalu sensitif sering kali b balasi dengan senyuman..
b..
terima kasih di atas kesetiaan b dalam menemani syg..b pun tahukan syg wanita yang adakalanya emosional dan terlalu sensitif..sedangkan pernah terfikir dihati syg, diri b bisa memilih wanita yang lebih sempurna dan lebih segalanya dari syg..
b..
terima kasih diatas perlindungan yang b wujudkan untuk syg..b melindungi hati agar syg tidak tersinggung..perlindungan raga dalam memberikan tempat berteduh untuk syg..b seringkali meleraikan rasa cemburu syg dengan kesetiaan b..walaupun syg tahu b ikhlas dengan cinta b..syg tetap cemburu kerana syg tahu b sempurna sebagai lelaki masa kini..b, syg cemburu kerana syg cayang b tau..syg tak mahu b dicuri dari syg..b milik syg..
b..
terima kasih atas apa saja pemberian yang penuh ikhlas untuk syg..b tidak pernah mengungkit walaupun sekali..terima kasih di atas ketulusan hati b, dan tetap memilih syg bersama b didalam suka dan duka..terima kasih juga atas semua pengorbanan, waktu, fikiran dan tenaga yang benar-benar b curahkan untuk syg..
b..
syg ucapkan terima kasih di atas setiap kiriman doa yang b panjatkan untuk kebaikan kita..terima kasih juga di atas kematangan dan kedewasaan b dalam memberi pengajaran dan teladan untuk syg..terima kasih b..dukungan semangat dan keberanian b berikan kepada syg disaat kita terjatuh dan mencuba bangkit kembali..b, terima kasih tidak terhingga di atas pengertian yang tidak pernah henti b berikan didalam menghadapi syg..makhluk yang adakalanya merumitkan dan sukar dimengertikan..
b..
saat ini syg benar-benar merindui b..bibir syg bagaikan menyanyi menyebut nama b..disaat syg rasa lemah ini..syg benar-benar teringatkan b..b..syg cayangkan b sangat..syg tidak sanggup berjauhan dengan b..syg amat berterima kasih kepada ILLAHI kerana telah memberikan pemberian yang istimewa kepada syg seperti insan sebaik b..mungkin kata terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan perasaan syg pada b..namun begitu, apapun saja syg tetap nak ucapkan terima kasih kepada b...syg sayang b tau..moga kasih sayang kita akan kekal selamanya 


No comments:

Post a Comment