Tuesday, January 18, 2011

Sosej yg HARAM di makan


Assalamualaikum wbt..

Kepada sesiapa penggemar sosej @ frankfurter ( daging hot-dog ) berhati-hati sewaktu memilih jenama untuk dibeli. Kajian yang dibuat oleh Persatuan Pelajar Pelajar Islam Se Malaysia mendapati kebanyakan sosej yang diimport adalah tidak halal begitu juga yang diedarkan oleh syarikat tempatan sekiranya mereka mendapat bekalan dari luar Negara sila baca dari mana atau syarikat mana ianya dibeli.
Sila rujuk kepada senarai dibawah ini agar kita tidak tersasar.
Wasalam
Jenama Sosej Yg Tidak Boleh Dimakan

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama??sosej yang
telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah
- Gourmessa
- Muller’s Haus
- Dew Fresh
- Puteri
- Miami Butcher House
- Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan
memasarkan di pasaran tempatan adalah;
- Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
- German Delicatessen – Subang (Muller’s Haus dan Dew Fresh)
- Puteri Pan Pacific (Puteri)
- MiamiButcher House – Batu Feringgi ( Miami Butcher House)
- Omcorp Sdn Bhd – Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
- Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara
hotel dan restoran yang disyaki??menyajikan dan menjual sosej menggunakan
usus babi adalah;
- Palace of Golden Horses
- Coffee Bean Tea Leaf
- Hotel??Equatorial
- Ikea Cafe
- Muller Sausage.
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.

Monday, January 17, 2011

Perhatian : Kpd peminum Coca Cola!



Assalamualaikum, ni ada pesanan untuk korang semua...


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.
Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!



Perokok sama seperti HAIWAN



Hubby sayanggg, sy suruh awak stop smoking ada banyak sebab.. Sy bukan sengaja nak marah awak sesuka hati sy, tapi sebab sy sayang awak la sy nak awak berhenti merokok.. Hubby sayanggg, awak kena baca semua yang kat bawah ni sampai habis.. Gambar2 yang ada ni awak jadikan sebagai pengajaran ye sayang.. Pesanan ni bukan untuk my hubby je, tapi untuk semua perokok2 tegar yg ada di dunia ni.. Setiap hembusan membawa maut.. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..


[KLIK GAMBAR UTK SAIZ YG LEBIH BESAR]

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok



Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
[KLIK GAMBAR UTK SAIZ YG LEBIH BESAR]

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. 

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. 

 
 




Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
 - Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
- Lahir tidak cukup bulan


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. 

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. 

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok 


"Setiap Sedutan, Membawa Padah" 
SELAMAT BERHENTI MEROKOK SEBELUM ROKOK MENGHENTIKAN ANDA



Sunday, January 16, 2011

Permintaan utk Encik Kesayangan



Bila pagi2 bute cmni, mula la aku dapat idea nak buat entry khas untuk Encik Kesayangan.. Entry ni saje je nak dera encik kesayangan untuk belajar plucking lagu yg aku suka.. Hehehe, kalau korang nak tahu, bila si dia main gitar + menyanyi, aduyaiiiiiiii~ cair hati ni taw.. Encik Kesayangan adalah yg TERBAIKKK :)

Hubby, lagu paling penting untuk awak study ialah YANG TERINDAH - DAKMIE sebab syg sgt suka lagu ni. Erm, senang cite lagu ni theme untuk cinta kite lah.. Hehehe ^_^ Boleh kan b??


And second song JANGAN BERTENGKAR LAGI - KANGEN BAND, kalau syg tengah merajuk or gaduh dengan b, syg suka dengar lagu ni.. Sweet sangat sebab lagu ni menggambarkan tentang perasaan b.. Yela, kalau b lihat lirik lagu tu, b akan faham..


Sadarkah kekasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mau
Tapi kau tak mengerti aku
Sakitnya hati ku dengan semua cara mu
Bila kau terus begini nanti ku bisa pergi
Aku mohon sayangilah 
diriku di dalam hidupmu
dan kamu jangan kasar-kasar lagi
dengarlah pujaan hati
Aku mohon mengertilah
Kita Jangan Bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati




Hehe, hubby oh hubby.. Bila awk rindu saya, awak mainkan lagu ni okey.. Awak pun tahu kan yg dr dulu lagi syg sgt suke lagu ni BAIK-BAIK SAYANG - WALI BAND.. Bila kita 3G tu, dendang2kan lah lagu ni ye b.. Hehe ^_^





Huhu, jam tepat 5.31 pagi.. Tapi mood aku tibe2 nak berangan pulak.. Nak bayangkan mase tu aku tengah duduk dengan si dia kat tepi pantai, tibe2 dye kate nak g ambil barang jap.. 5 minit kemudian, terdengar petikan gitar lagu UNTUKMU SAYANG - FEBIANS yang dimainkan oleh si dia.. Ouucchhhh!!! romantiknye..hahaha.. Aduhh, ape aku mengarut ni.. Hehe, berangan lebih2 plak.. B, sory ^_^ Saje je, entah kenapa mood sewel cket, haha :p





Haaaaa... lagu ni sesuai sangat dengan suara b.. Hehe, saje je nk suggestkan kat b.. Mesti sedap kalau b main kan lagu ni.. Ayang berani jamin punya.. Hehehe..


LYANA - HANGATNYA CINTA
Sering aku merindu Am E
Rindu pada dirimu Am
Sering aku teringat E
Teringatkan dirimu Am

Walau waktu/musim berlalu A
Kau masih di hati Dm
Sentiasa wajahmu G
Bermain di mata C

Betapa indahnya cinta A
Engkau dan aku Dm
Tak mungkin ku lupakan F E Am

Engkau masih ku sayang Am E
Sayang seperti dulu Am
Cinta mu di hati ku E
Masih seharum dulu Am

Bersama kita rasa A
Suka dukanya bercinta Dm
Sedang hangatnya cinta G
Kita pun berjanji setia C
Di antara kita A
Tidak rela berpisah Dm
Demi kerana cinta F E Am

Apapun terjadi E Am
Kau tetap ku cinta Dm
Kerana cintamu abadi di hatiku G C
Apa pun terjadi E Am
Pulanglah sayangku/padaku Dm
Kerana kau kekasihku F E

Adat orang bercinta Am E
Semuanya indah saja Am
Bila sudah kecewa E
Sungguh pahit terasa Am

Alangkah indahnya Am
Jika kau dan aku Dm
Saling menyayang dan G
Saling setia C
Betapa rindunya E Am
Di dalam hatiku Dm
Kasih dan sayang F E





Hubby, ni last song. Syg sgt suke lagu ni.. dari dulu sampai la sekarang.. Please b, blaja untuk lagu ni juga okey.. Demi syg :'(


TAKKAN PISAH - EREN
Intro : Dm A# C Dm 2x Dm C
sayang aku ingin berbicara kepadamu Gm C F A
tentang apa yang tengah aku rasakan
Dm C
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Gm C F
ku kan dengarkan duhai cintaku

Interlude : Dm A# C Dm

Dm C
bila nanti orang tuamu tak meridhoi dengan
Gm C F A
apa yang ku rasakan padamu
Dm C
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Gm C F
begitu pun orang tuaku Gm
kau takkan tinggalkanku Dm
takkan pernah, sayangku
A# C Dm
janjimu janjiku untukmu

reff: A# C
takkan ada yang pisahkan kita Am A Dm
sekali pun kau telah tiada A#
akan ku pastikan C Dm
ku kan memeluk menciummu di surga A# C
jangan kau pergi tinggalkan aku Am A Dm
bawa aku ke mana kau mau A#
janji ku padamu C Dm
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

Interlude : A# C Am A Dm Gm Am Dm





THANK YOU SO MUCH TAW B SBB LAYAN KARENAH SYG NI.. HEHE, NANTI BILE2 KITE 3G UNTUK SEMUA LAGU NI OKEY ^_^ SYG TAHU B TEROR, HEHE.. ADUHH, TAK SABAR NAK JUMPE, NAK LIHAT + DENGAR FACE TO FACE UNTUK SEMUA LAGU NI.. AYOKKK, TAKUT LA TU :P
-I LOVE YOU HUBBY-



Dua bulan sudaahhhh~


HUBUNGAN KITA GENAP 2 BULAN LA SYG..
Tahun pertama, ulang tahun pertama kita untuk bulan ini.. Salam Ulang Tahun Perkenalan kita yang jatuh hari ini, 16012011..Semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan sentiasa disirami kemesraan dan kebahagiaan yang indah..
ku ucapkan dihari ini dengan penuh keikhlasan dari hatiku..sukar untuk syg ungkapkan segala rasa yang dirasai..cuma diri syg memohon agar perjalanan hubungan kita sentiasa diredhai dan direstui Illahi..b, dalam mengemudi perhubungan ini, pasang surut dalam jalinan perjalanan kasih sayang kita dipenuhi warna-warna pelangi dan ranjau..adakalanya kita mampu mengatasinya dengan mudah..dan adakalanya bila kita tidak mampu mengatasinya, kita lebih banyak mendiamkan diri sehingga kita bertolak ansur dalam mencari penyelesaian..namun bila kita dihujani bahagia, betapa indahnya dunia kita yang dipenuhi dengan senyuman dan tawa..
syg akui, sepanjang usia perhubungan kita, syg adakalanya mengusik ketenangan b dengan sikap syg yang adakalanya keterlaluan..kadang kala syg membuat b geram dan marahkan pada diri ini..syg akuinya..namun syg syukur b masih bersabar dengan karenah syg..terima kasih ya b kerana memahami diri syg..
dihari indah ini, syg ingin menyusun kemaafan sekiranya syg pernah melakukan kesilapan yang membuatkan b terguris hati..syg tahu, dalam meniti perhubungan, kadang-kadang kita tidak dapat mengawal emosi..rajuk, marah, rindu, sayang, semuanya menjadi asam garam..namun ianya tidak pernah menjadi dendam buat diri kita..itu semua mewarnai kebahagiaan hubungan kita.. b..syg ingin katakan sesuatu pada b dihari indah ini..

TERIMA KASIH B KERANA MENERIMA DIRI INI MENJADI TEMAN HIDUPMU..TERIMA KASIH KERANA MENJADI KEKUATAN DAN SEMANGATKU KETIKA BADAI MELANDA HIDUPKU..TERIMA KASIH MENJADI KEBAHAGIAAN DAN KEDAMAIANKU BILA HATI INI DIRUNDUNG SEPI..TERIMA KASIH MENJADI SEBAHAGIAN DARI HATIKU UNTUK KU MEMBERIKAN KASIH SAYANGKU..TERIMA KASIH KERANA DIRIMU MENJADI SEBAHAGIAN DARI CINTAKU..
B..TIADA MAINAN PIANO ATAUPUN GESEKAN GITAR UNTUK KU DENDANGKAN LAGU CINTA UNTUKMU..KERANA SYG SENDIRI TIDAK BETAH UNTUK MENDENDANGKAN MUZIK INI..NAMUN IZINKAN SYG UNTUK SYG UCAPKAN SELURUH KASIHKU DIDALAM BENTUK PUISI..KU INGIN SELALU ADA DISAMPINGMU SAYANG..KU INGIN SELALU DEKAT DENGANMU.. BEGITU JUGA DENGAN DIRIKU..INGIN SELALU DIRIMU ADA DISISIKU..ADA DISAMPINGKU KERANA DIRIMU MENJADI TULANG BELAKANGKU SELAMA INI..KU INGIN DIRIMU TAHU, SELAGI KASIH SAYANG KITA BERPUISI, KU AKAN SELALU ADA UNTUK MU..

mentari tidak selalu cerah..pelangi tidak selalu indah..hujan tidak selalu menenangkan.. namun dihatiku..dirimu adalah mentari, pelangi dan hujan yang menerangi diriku dengan cahaya kasihmu..mengindahkan duniaku dengan kebahagiaan yang diberikan dan membasahi diriku dengan rindu-rindu yang tercipta.. b..izinkan ku minta sesuatu darimu harini..syg mahu b selalu jaga diri dan kesihatan ya..syg mahu melihat kebahagiaan b selalu..izinkan syg selalu mendekatimu dengan kasih sayang syg untuk b..rindu teramat padamu b..teringin untuk melihatmu dihadapanku..bertemu denganmu dikala ini..bergandingan berdua menuju destinasi yang indah..b, syg rindu tau..rindu sangat pada b..syg tidak mahu orang lain menjaga syg..syg ingin b yang menjaga syg..kerana syg rasa bahagia dengan penjagaan b selama ini..terima kasih b..ikhlas dari hati syg, b terlalu bermakna dalam hidup syg..syg tak nak kehilangan b..

dari hati yang ikhlas ini
ku memberikan cinta buatmu
ku sisipkan berjuta rindu hanya untukmu
dan ku tanamkan beribu-ribu serpihan tulus buatmu
dari hatiku yang setia ini
ku jadikan dirimu raja dalan jiwaku
pemilik hatiku selamanya
ku diamkan dirimu disana
untuk mengisi ruang-ruang bahagia
dari hati ini juga
ku umpamakan dirimu seperti pelita
untuk menerangi setiap ruang kegelapan yang ada pada diri
dan bila ada gundah dan gelisah menerpa
ku selalu berharap kau mencahayai ruang-ruang itu
Dari Hati, Kumencintaimu…
untuk hati, Ku ingin memilikimu
dari hati, untuk hati dan hanya akan di hati..

CT NASUHA ♥ MOHD ZULFIQAR



Saturday, January 15, 2011

Buat Encik Kesayangan



b..
setelah sekian lama kita bersama..terikat didalam sebuah ikatan percintaan..banyak yang telah b lakukan untuk syg..dan izinkan syg mengucapkan terima kasih, sayangku fiqar..terima kasih kerana menjadi nakhoda hatiku yang sangat mengerti dan memahami diriku..dengan cara yang indah, b dengan tenang menjadi guru untukku..
b..
terima kasih di atas kesabaran yang b berikan disaat syg sangat nakal didalam segala hal..dari mulai urusan kecil hinggalah urusan yang sangat besar..kelakuan syg yang adakalanya seperti anak kecil, manja, terlalu sensitif sering kali b balasi dengan senyuman..
b..
terima kasih di atas kesetiaan b dalam menemani syg..b pun tahukan syg wanita yang adakalanya emosional dan terlalu sensitif..sedangkan pernah terfikir dihati syg, diri b bisa memilih wanita yang lebih sempurna dan lebih segalanya dari syg..
b..
terima kasih diatas perlindungan yang b wujudkan untuk syg..b melindungi hati agar syg tidak tersinggung..perlindungan raga dalam memberikan tempat berteduh untuk syg..b seringkali meleraikan rasa cemburu syg dengan kesetiaan b..walaupun syg tahu b ikhlas dengan cinta b..syg tetap cemburu kerana syg tahu b sempurna sebagai lelaki masa kini..b, syg cemburu kerana syg cayang b tau..syg tak mahu b dicuri dari syg..b milik syg..
b..
terima kasih atas apa saja pemberian yang penuh ikhlas untuk syg..b tidak pernah mengungkit walaupun sekali..terima kasih di atas ketulusan hati b, dan tetap memilih syg bersama b didalam suka dan duka..terima kasih juga atas semua pengorbanan, waktu, fikiran dan tenaga yang benar-benar b curahkan untuk syg..
b..
syg ucapkan terima kasih di atas setiap kiriman doa yang b panjatkan untuk kebaikan kita..terima kasih juga di atas kematangan dan kedewasaan b dalam memberi pengajaran dan teladan untuk syg..terima kasih b..dukungan semangat dan keberanian b berikan kepada syg disaat kita terjatuh dan mencuba bangkit kembali..b, terima kasih tidak terhingga di atas pengertian yang tidak pernah henti b berikan didalam menghadapi syg..makhluk yang adakalanya merumitkan dan sukar dimengertikan..
b..
saat ini syg benar-benar merindui b..bibir syg bagaikan menyanyi menyebut nama b..disaat syg rasa lemah ini..syg benar-benar teringatkan b..b..syg cayangkan b sangat..syg tidak sanggup berjauhan dengan b..syg amat berterima kasih kepada ILLAHI kerana telah memberikan pemberian yang istimewa kepada syg seperti insan sebaik b..mungkin kata terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan perasaan syg pada b..namun begitu, apapun saja syg tetap nak ucapkan terima kasih kepada b...syg sayang b tau..moga kasih sayang kita akan kekal selamanya 


Pelangi selepas hujan



Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.