Monday, December 27, 2010

SAYANG, CINTA, CEMBURU


Kadang-kadang kita tak dapat nak membohongi perasaan kan??terutamanya bila ada rasa cemburu..hehehe.. tiba-tiba lak terasa nak cakap tentang rasa sayang dan cemburu..
SAYANG.. sebuah perasaan yang hadir apabila kita mula menyukai dan meminati seseorang.. sayang menjadi mekar pabila mula dekat dan mesra setelah kita mula mengenali apa saja kekurangan dan kelebihannya.. sayang menjadikan putik bunga yang kudup bercambah menjadi mekar sehingga menjadi bungaan yang cantik dan indah..kemudian ia terus mekar menjadi CINTA..
bila kita mula mencintai seseorang, kita biasanya akan cuba menjadi yang terbaik.. berubah menjadi yang lebih baik dan cuba mengubah diri kita untuk menjadi yang terbaik..walaupun ada kekurangan, kebiasaannya kita bisa menerima kekurangan itu dengan ikhlas.. kekurangan dan kesempurnaan yang ada pada pasangan menjadi kelebihan kepada kita..
selalunya kita sanggup berkorban dan melakukan apa saja asalkan pasangan kita bahagia.. malahan kita kalau boleh kita tidak mahu melihat kesedihan dan kedukaan pasangan kita..walau pun dijentik sekali, kita juga merasai kesakitan yang dialami pasangan kita..betul tak teman??cinta menjadi kan kita lebih rasional walaupun adakalanya kita bisa menjadi anak kecil yang mahu dikendong dan dimanjakan saja..
cinta bisa juga mengubah yang dewasa menjadi anak manja..hehehe..betulkan?Kalau tidak percaya, cuba lihat seberapa banyak pasangan yang pasangannya menjadi kanak-kanak yang manja..minta perhatian..minta di manjakan malah kalau boleh ingin saja selalu bersama dengannya..betul tak??jangan dinafikan ia ya..rasanya semua pasangan bercinta macam tu..emmm..namun tepuk dada tanya selera kan.. adakalanya pasangan memang suka melihat lawannya manja dan keanak-anakan..malahan ada pula yang rimas dengan sikap manja ini.. untuk saya, bisa saja saya memilih yang manja..kerana itu ketenangan dan kedamaian saya..
sekurang-kurangnya bila marah, ada insan yang memujuk dengan kelembutan..bila sedih ada yang mengusik kita supaya tersenyum dan bila kita bahagia ada insan yang turut sama merasai apa yang kita rasakan..
tetapi dalam hubungan bercinta, RASA CEMBURU kadang-kala mencuri tempat dihati CINTA..bagaimana itu terjadi??seringkali ia dikatakan kerana kebimbangan pasangannya dikebas orang ataupun melihat kemesraan pasangan terhadap orang lain...selalunya perasaan cemburu ini muncul apabila kita ketahui kelebihan dan kebaikan yang ada pada pasangan kita..itu pandangan sayalah.. bukan apa, seringkali saya juga digigit rasa cemburu..kerana saya tahu apa yang ada pada pasangannya..
untuk menghalangi rasa cemburu itu, adakalanya saya berterus terang melalui perbualan ataupun hanya menghantar mesej pendek untuk memberitahu perasaan saya..tapi saya syukur setiap kali saya ada rasa ini, pasangan saya tidak memarahi saya malahan dia menerangkan keadaan sebenar..
tiba-tiba saya rasa macam nak kata pada dirinya hari ini..
"sayang, secubit rasa cemburu yang muncul dihati ini membuatkan diri ini kadangkala jadi  gusar..bukan apa, diri ini kenali dirimu dan ketahui apa kelebihanmu..pasti sesiapa yang mendekatimu akan terpikat walaupun pada mulanya bermula hanya kawan..sayang, dirimu milik diri ini..diri ini cintakan awak tau..saya berpegang kepada setia awak selama ini..dan awak MILIK saya tau..tak ada siapa boleh ambil awak dari saya"
hebatkan bila cemburu hadir dalam diri pasangan..adakalanya boleh meletus perang dunia pertama..tapi jangan terlalu cemburu buta ya..nanti pasangan pun boleh menjadi mual dengan sikap kita..yang penting kita mesti yakini dan pegang selalu dengan kata hati kita...
buat pasangan bercinta, teruskanlah kebahagiaan yang ada dihati anda dengan kuntuman kasih dan sayang..ulitkan bungan cinta itu dengan kalungan rindu yang tidak pernah hilang..sesekali kan ada gelombang yang menduga, namun jangan bimbang..berjuanglah demi cinta anda..takkan selamanya ada ujian yang melanda..
buat diri saya..
saya cuba menjadi yang terbaik untuk dirinya..ya saya akui saya kuat cemburu dengan dirinya..tapi saya tahu cemburu saya sehingga kini masih belum melangkaui batas..dan bagi saya, tiga rasa ini melengkapi antara satu sama lain..

No comments:

Post a Comment